Monday 31 October 2011

INNI UHIBBUK (tribute to the song by Sigma ‘Istiqarah Cinta)



Marhalah pertama


 “jangan jadi bodoh boleh tak Nawar Sofiah!!”merah padam muka dia.
Ya Allah siapa lelaki ni. Tiba-tiba datang marah ana tak tentu hala ni. Ana ada buat salah ke??Ana terpijak kaki dia ke??mna dia tahu nama penuh Ana??. ana ialah panggilan tok ummi (nenek) sejak ana baby lagi. pada mulanya, tok ummi panggil dengan nama hasanah, makin lama nama hasanah jadi ana sbb tok ummi tak larat nak panggil hasanah agaknya.
“ kenapa mesti tengking macam tu. Siapa awak??”.
Muka dia macam ana pernah nampak sebelum ni, tapi samar-samar je dalam kepala ni. Maybe ana banyak makan semut kebelakangan ni jadinya muka orang pun ana tak brapa nak cam sangat.
Dia diam.
Ana pun diam.
Masing-masing membeku tak bergerak.
Soalan ana pun tak terjawab. Sikit pun muka ana dia tak pandang. Apa yg laki ni nak sebenarnya. Dah dekat 1 minit terpacak depan ana tanpa cakap apa-apa, then dia terus blah dari situ. Ana sempat dengar dia istighfar waktu dia tengah paling badan dia sebelum pergi macam tu je. Woo, siapakah lelaki ni. Misteri nusantara betul. Dan yang paling ana tak puas hati skali dia kata ana bodoh.  Oi apa hak dia ar nak kata ana cam tu. Yang dia tu entah datang dari mna tiba-tiba dok menengking kat depan muka ana dengan tak bagi salamnya. Huh tak da manner langsung.  Yang Solehah ni pun sorang lagi, mana la kau Solehah. Bole kau tinggal ana sorang2 kat tempat awam ni tanpa berteman. Kalau ummi tau ni, tiga hari tiga malam sure ana kena dengar tazkirah tak bertauliah.

**********************************************************************************

“assalamualaikum” sambil dok tersengeh,muka penuh rasa bersalah. “ha mna enti??kenapa tinggal ana sorang tadi??”ana sebenarnya bukan la marah sangat kat solehah. Saja nak test. “sory wei, perut ana mulas,memang tak tahan,tu sebab la ana tak sempat nak bagi taw enti.”

hidup penuh dengan alasan.

Apa patut ana cakap sama solehah apa yang terjadi kat ana masa dia tak da. Emm tapi macam la ana tak kenal sangat si solehah ni, risau dia mengalahkan ummi . Rahsiakan.
“ehh jom la kita balik”. Solehah mula mengatur langkah setapak kehadapan tanpa berpaling pada ana.“jom adindaku”pantas ana meraut leher Solehah.
Bus mini kuning kegemaran pun sampai. Datang membawa asap2 hitam dari corong ekzos karat. Terdetik dalam hati Ana,mesti da berkurun lamanya bas ni tapi fuhh berjasa kot.
Minggu ni budak asrama balik so kepadatan maksima la sikit dalam bus hari ni dan disebabkan itu jugaklah ana dengan solehah kena berdiri sepanjang jalan. Tak pe hari ni hari diorang,esok2 hari ana pulak. Lagipon ummi ana tak ajar ana berebut-rebut dalam urusan keduniaan ni.
“adik,ce bagi ruang untuk org lain. Bagi ruang kat orang lain masa kat dunia nanti Allah bagi lagi lebih masa kat akhirat nanti taw”.
Ana tersengeh dalam keadaan bas yang serba padat tu. Di tambah pulak dengan aroma peluh yang memenuhi segenap ruang bas mini ni,cukup menguji keimanan. “enti  ok tak ni”. Ana senyum sebagai balasan. Maknanya ana ok la tu. Solehah pun membalas dengan senyuman dan kitorang tak da mood nak menyembang, masing-masing sedang melayan prasaan sendiri tanpa memikirkan keadaan sekeliling.

Kadang lebih baik diam dari banyak berbicara.

**********************************************************************************

    “tadaima”..aduh letihnye hari ni. Ana banyak berjalan rasanya tu sbb la kaki ana ni rasa cam nak tercabut je. Baru masuk setapak dua tapak dalam rumah, ana dah dapat rasakan aura jahat kat dalam ni.
 ‘paang’,
 adoi sakit nye kepala ana.. hiashh makhluk mana ni yang dok bat lawak petang-petang buta ni. Setaw ana, ummi abi ngan ana ja pun lam umah ni.
“oii,sakit la!!” rasa ringan je mulut ni nak menengking.
“hahahaha amik kau, orang lain kali kalu masuk umah bagi salam, ni tak, bajet jepun. Tadaima la konon2”.
 Laaa bila masa la mangkuk ayun ni sampai. Memang patut pun hati ana tak sedap je sejak masuk rumah.
“ BanDek ko ni memang kan. Tak boleh tengok ana bahagia sikit. Bila kau sampai??”
Bandek ni abang sulung ana, dia sekarang tengah futhure study kat Irbid, Jordan. Pelajar madah syar’iah. Satu je yang ana tak dapat nak sangkal tentang Bandek ialah dia memang pandai. Pandai sikit la dari ana.
“tengah hari tadi,kau g mna??asal tak ikut ummi jemput Bandek??ni nak kena denda ni.”
“ana keluar bandar ngan solehah. Ehh ummi tak cakap pun nak jemput kau. Ana pun janji la nak keluar ngan Solehah. Kalau awal2 tawu Bandek balik sini, dari semalam lagi ana da terpacak kat airport”
Ana dengan Bandek beza tiga tahun. Kami dah macam kawan. tambahan pulak muka kitorang memang beza gila. Memang tak macam adik bradik. Disebabkan hubungan istimewa kami ni lah pernah sekali tu kitorang kena jumpa Ustaz Lah.

Ustaz Lah ialah mu`allim kami bahagian hal ehwal murid. MasyaAllah, dia sangat tegas. Sejahat-jahat bandek pun tunduk dengan dia. Pelajar banat pun malu dengan Ustaz Lah. Walaupun Ustaz Lah seorang yang tegas, tapi Ustaz seorang yang sangat menjaga pandangan dia. Seriously  ana pun malu ngan ustaz.
Masa kitorang kena panggil tu, kitorang diasingkan. Bandek ngan Ustaz Lah. Ana ngan Ustazah Zainab, isteri Ustaz Lah. Memang kitorang blur gila, tak taw sabab musabab yang kitorang kena panggil.
Tepat jam 12 tengah hari seperti yang dijanjikan, ana mengatur langkah masuk ke bilik Ustazah Zainab. Ustazah kelihatan tenang sambil tersenyum. Ya Allah hanya Allah saja yang tawu perasaan waktu tu. Takut berbaur risau. Mana tak nye selalunya pelajar bemasalah je yang masuk bilik tu.
“assalamualaikum Ustazah” bergetar suara Ana. Pucat .
“waalaikumsalam sila duduk Ana”kerusi kayu di hadapan meja ditarik pelahan-lahan lantas ana duduk tanpa membangkang arahan ustazah.
 “Ana ada hal sebenarnya ustazah panggil enti masuk sini. Ustazah nak cakap sikit” ana mengangguk tanda akur. Ustazah mengambil nafas sebelum menyambung ayat seterusnya. Ana dapat dengar bunyi nafas Ustazah Zainab. Terdetik dalam hati ana mesti kes berat kan.
“ana tau kan yang madrasah ni sangat menggalakkan kalau pelajarnya ingin menikah. Nikah jugak dapat pahala sunnah. Apa pendapat ana??”
“maaf ustazah ana tak banyak ilmu tentang nikah,tetapi pada pendapat ana mesti ada kebaikan yang tersirat. Mungkin disebabkan kebaikan itu pihak madrasah sangat memberi galakan kepada pelajarnya untuk menikah”
“menurut ana, apa kebaikan yg ana maksudkan?”. Ana tak gopoh menjawab persoalan itu. Mata ana berkeliaran melihat sekeliling bilik ustazah.
“mengelak hubungan yg tidak syar’ie”
“soheh..ustazah tawu enti seorang pelajar yg baik, sopan.. dan ustazah tak nak enti terlibat dengan benda2 yang sebegini. Cuma satu je yang ustazah nak tanya. Enti sedang bercinta??” pandangan mata ustazah sudah tidak sejernih tadi.
“ Ya Allah ustazah,ana tak pernah pun bercinta ustazah” pantas ana membalas soalan ustazah.
“ustazah ada mendapat laporan dari seorang sohibah, yang enti berpegang-pegangan tangan dengan pelajar  STAM. Ana , jujur dengan ustazah.” Ustazah Zainab mula meninggikan suara.
Ya Rabbi, bila masa ana berpegang-pegangan tangan dengan pelajar STAM ni. Kenal pun tidak.
Madrasah Addiniah ini bersistemkan belajar secara berpecah. Pelajar banat dan banin diasingkan. Jadi mana mungkin ana boleh kenal pelajar banun STAM. Yang ana kenal pun Bandek sorang je pun. Memang ana selalu pun berpegang-penganan tangan dengan Bandek masa luar sekolah. Tapi bandek abang ana. Hati ana dah mula tidak tenteram.
“maaf Ustazah, bole ana taw bila yang ana berpegang-pegangan tangan tu??”..
“katanya dua hari lepas dekat popular(kedai buku)”..
Memang sah. Tak lain tak bukan.
“waaa hahaha”.. ana tak dapat tahan da.
“ana sila serious sikit, ini bukan benda main2” bertambah merah muka ustazah lepas dengar Ana ketawa.
“haha minta maaf ustazah ana tak berniat nak gelak-gelak. Tapi kalu pasal 2 hari lepas memang ana ada berpegangan tangan dengan seorang lelaki ni. Dia bandek, pelajar STAM.”
“jadi betul la yg enti berpegangan tangan dengan Bandek??”
“emm betul la tu ustazah, Bandek abang ana” ana dengan Bandek memang macam isi ngan kuku. Kalau keluar jalan2 kat luar memang kitorang slalu pegang-pegang tangan. Tapi ana tak sangka la plak sampai nak jadik macam ni.
“eh betul ke??nape ustazah tak taw??” Ustazah Zainab mula merah muka. Nampak sangat dok tahan malu.
“hehe ustazah,ana memang nakal kekadang tapi ana tak kan buat benda luar syariat. Ana takut. Maaf ustazah. Mang kat madrasah tak nampak sangat kitorang cam adik bradik.”
“lega ustazah dengar. Lain kali jangan buat macam ni dah ye. Makin lama makin tua ustazah memikirkan masalah korang anak2”
Huh  Alhamdulillah lega. Tak pasal2 kena masuk bilik seram tu. Nampaknya ustazah pun da cam relief da muka dia. Semoga Allah beri keberkatan hidup kepada ustazah disebabkan ustazah sangat mengambil berat tentang diri anak2 madrasah kami.    

Ujian itu pemanis kehidupan.

**********************************************************************************

....bersambung


Saturday 29 October 2011

DOA RABITAH



YA ALLAH ENGKAU MENGETAHUI BAHAWA HATI INI BERHIMPUN KERANA MENGASIHIMU,


BERTEMU KERANA MEMENUHI PERINTAHMU,


BERSATU MEMIKUL BEBANAN DAKWAHMU,


HATI-HATI INI TELAH MENGIKAT JANJI SETIA UNTUK MENINGGIKAN SYARIATMU,


OLEH ITU ERATKANLAH YA ALLAH AKAN IKATANNYA,


KEKALKAN KEMESRAAN ANTARA HATI-HATI INI,


TUNJUKKANLAH HATI-HATI INI AKAN JALAN SEBENAR JALAN YANG ENGKAU REDHAI,


PENUHKAN HATI-HATI INI DENGAN CAHAYA RABBANIMU YG TIDAK KUNJUNG MALAP,


LAPANGKAN HATI-HATI INI DENGAN LIMPAHAN KEIMANAN SERTA KEINDAHAN TAWAKKAL KEPADA-MU,


HIDUP SUBURKAN LAH YA ALLAH AKAN HATI-HATI INI,


MAKA MATIKANLAH PEMILIK HATI-HATI INI SEBAGAI PARA SHUHADAK DALAM AGAMA MU YA ALLAH..




Friday 28 October 2011

bukan sekadar kempen tetapi perintah yg Maha Esa



Assalamu'alaikum.. ^_^

kepada sahabat2 yg dikasihi Allah..ini merupakan 1st entry 'kami' (bahasa diri tuan blog) sebagai permulaan diri ini untuk ber' blog '..
Alhamdulillah menjadi la jugak sikit2..semoga blog ini dirahmati Allah insyaAllah..

kami pasti bab aurat bukan lagi perkara baru dalam masyarakat kita pada hari ini..
tetapi persoalannya berapa ramaikah antara kita yg betul2 mengambil berat soal aurat anda??

kami tawu,,kami bukanlah seorang yg pakar dalam bidang agama..
dan bidang agama juga bukanlah bidang yg kami pelajari di universiti..jadi tidak bermakna kami harus mengabaikan agama dalam kehidupan seharian kami..

kami merupakan pelajar di u tempatan(not to mention)..suasana before kami masuk u and semasa kat u memang sangat berbeza..suasana yg bagaimna yg kami maksudkan ialah suasana pemakaian tudung..

Alhamdulillah sesetengah daripada mereka berjaya menutup aurat dengan sempurna dan ada yg hanya mem'balut' aurat & golongan ketiga nye ialah mereka2 yg tidak menutup aurat dengan sempurna..



Aurat adalah suatu kehormatan diri bagi seseorang, yang wajib dijaga dan dipelihara sepanjang masa. Walau di dalam apa jua keadaan, menjadi kewajipan ke atas umat Islam menutup aurat.


imam2 mazhab terutamanya banyak membahaskan soalan berkenaan aurat dalam kitab2 mereka..bagi kita sebagai ummat islam di malaysia,,kebanyakan daripada kita lebih menjurus kepada mazhab imam shafie..



BATAS AURAT WANITA MENURUT ULAMA’ MAZHAB
Antara batas aurat wanita yang telah ditetapkan oleh syariat menurut pendapat dan fatwa mazhab ialah ;
1. Di hadapan lelaki bukan mahramnya ialah seluruh tubuh. Maksudnya semua termasuk rambutnya, mukanya, kedua tapak tangannya zahir dan batinnya juga kedua tapak kakinya. Hukum ini berdasarkan sabda Nabi Muhammad SAW yang bermaksud : ”Sesungguhnya wanita itu adalah aurat”. (Hadith riwayat Al-Bazar dan At-Tirmizi).
2. Semasa seorang diri atau di hadapan lelaki mahramnya atau di hadapan wanita Islam yang baik akhlaknya, batas auaratnyaadalah antara pusat hingga lutut. Walau bagaimanapun, bagi menjaga adab serta memperhalusi akhklak ketika berhadapan dengan lelaki yang mahramnya, eloklah wanita itu menjaga dan menutup auratnya yang selain dari pusat hingga lutut agar tidak menimbulkan ghairah kepada lelaki walaupun darjatnya mahrahm dengannya. Lebih-lebih lagi ditakuti akan timbul fitnah, kes sumbang mahram dan lain-lain.
3. Di hadapan wanita kafir dan wanita yang rendah aklaknya, aurat wanita itu adalah seluruh tubuh kecuali anggota yang zahir ketika bekerja iaitu kepala, muka, leher, dari dua tapak tangan hingga ke siku sahaja dan dua tapak kakinya. Selain itu adalah diharamkan membukanya.
4. Aurat wanita sahaya (hamba) kepada lelaki yang mahram dengannya dan sesama perempuan auratnya adalah dari pusat hingga lutut. Dengan lelaki bukan mahram dengannya ( ajnabi ) auratnya adalah seluruh tubuh badan.

wallahua'lam.. fell free to condemn.. sbb kami bukan pakar dalam bidang ni..yg salah tegur2kan..yg betul renung2kan.. :)

sumber : 
http://www.pmm.edu.my/pusatislam/index.php?option=com_content&view=article&id=66:batas-aurat-dalam-islam&catid=8:kempen-menutup-aurat