Friday 28 October 2011

bukan sekadar kempen tetapi perintah yg Maha Esa



Assalamu'alaikum.. ^_^

kepada sahabat2 yg dikasihi Allah..ini merupakan 1st entry 'kami' (bahasa diri tuan blog) sebagai permulaan diri ini untuk ber' blog '..
Alhamdulillah menjadi la jugak sikit2..semoga blog ini dirahmati Allah insyaAllah..

kami pasti bab aurat bukan lagi perkara baru dalam masyarakat kita pada hari ini..
tetapi persoalannya berapa ramaikah antara kita yg betul2 mengambil berat soal aurat anda??

kami tawu,,kami bukanlah seorang yg pakar dalam bidang agama..
dan bidang agama juga bukanlah bidang yg kami pelajari di universiti..jadi tidak bermakna kami harus mengabaikan agama dalam kehidupan seharian kami..

kami merupakan pelajar di u tempatan(not to mention)..suasana before kami masuk u and semasa kat u memang sangat berbeza..suasana yg bagaimna yg kami maksudkan ialah suasana pemakaian tudung..

Alhamdulillah sesetengah daripada mereka berjaya menutup aurat dengan sempurna dan ada yg hanya mem'balut' aurat & golongan ketiga nye ialah mereka2 yg tidak menutup aurat dengan sempurna..



Aurat adalah suatu kehormatan diri bagi seseorang, yang wajib dijaga dan dipelihara sepanjang masa. Walau di dalam apa jua keadaan, menjadi kewajipan ke atas umat Islam menutup aurat.


imam2 mazhab terutamanya banyak membahaskan soalan berkenaan aurat dalam kitab2 mereka..bagi kita sebagai ummat islam di malaysia,,kebanyakan daripada kita lebih menjurus kepada mazhab imam shafie..



BATAS AURAT WANITA MENURUT ULAMA’ MAZHAB
Antara batas aurat wanita yang telah ditetapkan oleh syariat menurut pendapat dan fatwa mazhab ialah ;
1. Di hadapan lelaki bukan mahramnya ialah seluruh tubuh. Maksudnya semua termasuk rambutnya, mukanya, kedua tapak tangannya zahir dan batinnya juga kedua tapak kakinya. Hukum ini berdasarkan sabda Nabi Muhammad SAW yang bermaksud : ”Sesungguhnya wanita itu adalah aurat”. (Hadith riwayat Al-Bazar dan At-Tirmizi).
2. Semasa seorang diri atau di hadapan lelaki mahramnya atau di hadapan wanita Islam yang baik akhlaknya, batas auaratnyaadalah antara pusat hingga lutut. Walau bagaimanapun, bagi menjaga adab serta memperhalusi akhklak ketika berhadapan dengan lelaki yang mahramnya, eloklah wanita itu menjaga dan menutup auratnya yang selain dari pusat hingga lutut agar tidak menimbulkan ghairah kepada lelaki walaupun darjatnya mahrahm dengannya. Lebih-lebih lagi ditakuti akan timbul fitnah, kes sumbang mahram dan lain-lain.
3. Di hadapan wanita kafir dan wanita yang rendah aklaknya, aurat wanita itu adalah seluruh tubuh kecuali anggota yang zahir ketika bekerja iaitu kepala, muka, leher, dari dua tapak tangan hingga ke siku sahaja dan dua tapak kakinya. Selain itu adalah diharamkan membukanya.
4. Aurat wanita sahaya (hamba) kepada lelaki yang mahram dengannya dan sesama perempuan auratnya adalah dari pusat hingga lutut. Dengan lelaki bukan mahram dengannya ( ajnabi ) auratnya adalah seluruh tubuh badan.

wallahua'lam.. fell free to condemn.. sbb kami bukan pakar dalam bidang ni..yg salah tegur2kan..yg betul renung2kan.. :)

sumber : 
http://www.pmm.edu.my/pusatislam/index.php?option=com_content&view=article&id=66:batas-aurat-dalam-islam&catid=8:kempen-menutup-aurat

No comments:

Post a Comment